Jering Relong- Satu lagi buahan hijau yang berkhasiat ialah "buah Jering" yang mana juga semakain pupus.
Jering Relong ialah buah jering yang telah ditimbus dalam pasir untuk menambahkan khasiat atau keranggupan. Fungsinya juga sama dengan buah jering yang dimakan landung selepas di kopek dari kulit. Tahukah anda berapa harga sepiring Jering yang dijual di pasar borong?
Enam biji sahaja seperti gambar dibawah dijual dengan harga RM5.00, kalau dikampung anda boleh petik di tanah sahaja.
Maka dengan tersiarnya kisah jering ini, diharap orang kampung bolehlah menanam jering sebagai buahan atau ulam ulaman untuk komersal. Kerana di bandar bandar atau kota buah jering begitu mahal dijual.
No comments:
Post a Comment