Buah Pulasan, ialah sejenis pohon hutan yang semakin pupus pada zaman ini kerana kemasukan buah buahan dari luar dan tak ada yang mempromosikan hasil buahan hutan khatulistiwa, seperti di negara Malaysia.
Buah Pulasan |
Setengah penduduk terutama yang tinggal di kawasan perhutanan mereka akan menanam pokok pulasan sebagai pohon hiasan. Ketinggian pokok pulasan biasanya mencapai 20m maksimun dan mempunyai batang yang halus serta berbulu ketika masih muda dan mempunyai daun berselang selang
Buah pulasan yang masak juga berwarna kemerahan seperti buah rambutan, tetapi ia mempunyai rerambut yang keras seakan rambutan, cuma buah rambutan mempunyai rerambut yang lembut. Isi buah pulasan pejal seumpama buah "laici" dan kelihatan seperti isi buah rambutan juga.
Harga di pasaran amat bernilai dari buah rambutan kerana ia amat sukar ditemui, dan rasa isinya yang cukup manis serta ranggup.
No comments:
Post a Comment