Buahan Herbal- Buah Kerdas, juga dikenali sebagai buah Geduak.
Buahan ini amat terkenal dikalangan orang kampung terutama masyarakat orang asli. Khasiat buah kerdas atau geduak mempunyai banyak khasiat seperti mana buah petai.
Kita boleh lihat dari segi sudut fizikal terutama dalam kalangan masyarakat orang asli yakni begitu jarang sekali kita dengar malah tak ada pon yang masuk wad kecemasan mahu pun wad biasa. Itu menunjukkan bahawa mereka mengunakan atau memakan makanan yang mempunyai nilai serat yang tinggi terutama buahan hutan, seperti petai, kerdas dan sebagainya.
Kalangan orang orang kampung amat gemar memakan buah kerdas sebagai ulam ulaman dan tidak bagi penduduk bandar, ada setengahnya memandang rendah terhadap buah kerdas yang mempunyai nilai yang tinggi dalam kesihatan, serta baunya itu menjadi alasan bagi penduduk bandar yang kurang arif. Walaupon ia buah kerdas menghasilkan bau yang tidak enak namun itu boleh diatasi.
Mungkin sebab itulah ramai kalangan masyarakat bandar tidak mengemarinya. Oleh kerana itu buah kerdas sukar didapati di bandar bandar.
No comments:
Post a Comment