Tahukah anda, buah jering semakin dikenali ramai akhir akhir ini, samada dijual di pasar pasar basah, seperri pasar Chow kit dan Pasar Selayang, mahu pun dijual dalam Supermarket sebagai buahan atau sayuran komersal.
Khasiat buah jering memang banyak nilainya terhadap tubuh manusia., seperti melawaskan buang air besar atau berfungsi sebagai mencuci buah pinggang.
Buah jering dikampung kampung memang tak asing lagi, kadang kdang dibuang begitu sahaja dan dibiarkan kering dipohon, tetapi tidak di bandar bandar, kerana orang bandar baru mula membuka mata bahawa buah jering amat bernilai. Bayangkan 5 ulas sahaja dijual sebanyak RM3.00?
Itu bukan topik utama, tetapi siapakah memperkenalkan buah jering? Tak lain dan tak bukan bahawa orang pertama yang menjadikan buah jering semakin popular ialah orang orang kampung.
Kenapa orang kampung dan bukan saintis? Kerana tak ada saintis orang melayu pada dahulu kala, walau ada dizaman sekarang pon amat mustahil saintis nak memperkenalkan buah jering kerana ia adalah makanan orang melayu. (Saiuntis biasanya dikalangan orang orang barat dan mustahil baginya memperkenalkan buahan atau sayuran yang bukan dari makananya serta melariskan buahan yang bukan milik negaranya)
Jadi orang kampung adalah golongan utama kerana pada masa dahulu kala, mana ada istilah chicken chop, pasta, Nasi Goreng Amerika atau Nasi Goreng Pattaya, mahu pun Mee Hailam. Zaman jepun manalah ada makanan seperti ini.
Maka oleh kerana ketiadaan makanan pada suatu ketika dahulu, orang kampung cuma memakan dedauan sebagai sayuran serta buah jering untuk dimakan bersama nasi sebagai lauk, lama kelamaan buah jering telah menjadi makanan sayuran, ulam utama sehinggalah sekarang ini.
No comments:
Post a Comment